3 Orang Sahabat
Pada satu zaman dahulu kala, ada 3 orang sahabat baik. Mereka selalu
berkepit kemana saja. Tapi ketiga tiga mereka mempunyai kegemaran berlainan.
Si A suka main segala jenis perempuan, si B pula suka minum segala jenis
arak dan manakala si C pula suka segala jenis rokok dan benda benda yang
berasap. Satu hari ketiga tiga sahabat ini berjalan jalan ditengah tengah
padang pasir. Tiba tiba ketiga tiga mereka terjumpa dengan sebuah cerek
(macam cerita Aladdin).
Lalu salah seorang mengutip nya lalu menggosok gosok cerek tersebut. Tak
semena mena keluar asap berkepul kepul dari corong cerek tersebut dan asap
tersebut perlahan bertukar menjadi satu makluk yang menggerunkan iaitu
seekor Jin yang ganas.
Lalu jin tersebut ketawa dan berkata "Ha ha ha ha, Akulah jin aferit. Oleh
kerana kamu telah membebaskan aku dari cerek itu maka aku akan tunaikan apa
saja permintaan setiap satu dari kamu."
Tiga sahabat yang pada mulanya panik dan takut menjadi gembira lalu
termenung berfikirkan peluang dan kemahuan masing masing yang mungkin sekali
seumur hidup.
Lalu tiap tiap mereka memilih kemahuan mengikut kegemaran masing- masing.
3 org sahabat baik
Berkata si A, "Aku mahu seberapa ramai perempuan muda dari berbagai bangsa
dari seluruh dunia dan letakkan dalam sebuah gua tertutup dan jangan ganggu
aku selama 10 tahun". Puffff dengan sekelip mata Jin itu menyempurnakan
permintaan si A.
Berkata si B "Aku mahu semua jenis arak dari seluruh dunia untuk bekalan
selama sepuluh tahun dan letakkan dalam sebuah gua tertutup dan jangan
ganggu aku selama 10 tahun". Puffff dengan sekelip mata Jin itu
menyempurnakan permintaan si B.
Berkata pula si C "Aku mahu semua jenis rokok dari seluruh dunia untuk
bekalan selama sepuluh tahun dan letakkan dalam sebuah gua tertutup dan
jangan ganggu aku selama 10 tahun". Puffff dengan sekelip mata Jin itu
menyempurnakan permintaan si C.
Setelah genap 10 tahun, maka Jin tersebut muncul kembali untuk membuka pintu
gua masing seperti mana yang di janjikan. Maka jin tersebut pergi membuka
pintu gua si A, bila terbuka saja maka keluarlah si A dengan keadaan kurus
melidi, berdiri pun tak boleh kerana tak larat nak gerak lutut sebab hari
hari projek. Tiba-tiba si A pun jatuh ketanah lalu mati.
Selepas itu Jin tersebut pergi ke gua si B, sebaik sahaja pintu dibuka, maka
keluar si B dengan perut yang tersangat buncit kerana hari hari mabuk. Jalan
pun terhuyung hayang. Tiba - tiba si B pun jatuh ketanah lalu mati.
Maka Jin pergi ke gua si C dan membuka pintu gua. Tiba-tiba si C keluar
dengan keadaan sihat seperti sedia kala dan terus menampar si Jin sambil
memaki hamun si Jin dengan berkata..............
"BODOH PUNYA JIN, CELAKA PUNYA JIN, BAGI AKU ROKOK TAK BAGI API. 10 tahun
aku tunggu tak buat apa apa."
0 Responses to 3 Orang Sahabat
Something to say?