Dua orang askar telah tersesat di sebuah hutan.Jarak diantara mereka ialah satu jam
perjalanan.Mereka bergerak menyusuri sungai dgn berhati hati.Tiba-tiba Askar A yang yg
berada didepan ternampak seorang awek cun tengah membasuh kain ditepi sungai tu.
"Mak oii...lawanya,jadi bini cantik ni..!"kata Askar A dalam hati.Dia pun mendekati
awek yg berkemban tu dan menyampaikan niatnya untuk berkenalan.Dengan tersipu-sipu awek
tu menyuruh Askar A meminta izin dgn bapaknya dipondok yg berdekatan.Askar A pun berjumpa
dgn bapak awek tu dan orang tua tu bagi dia dua syarat.Pertama, untuk kawan ngan awek tu
Askar A mesti berjalan kearah barat dalam 200 langkah dan bila ternampak sebatang pokok
ambik buahnya 10 biji.Syarat yg kedua akan di beritahu selepas menunaikan syarat pertama.

Bila Askar A pun blah,Askar B pula sampai dan terserempak dgn awek tu jugak dan tangkap
cinta-cintan! Awek tu pun bagitau perkara yg sama dan orang tua tu pun bagitau syarat yg
sama. Cuma bezanya Askar B haruslah menuju kearah timur.Selang 15 minit Askar A pun sampai
dengan 10 biji buah langsat. Kata orang tua tu "Syarat yg kedua anak hendaklah memasukkan
10 biji buah langsat kedalam buntut anak tapi tak boleh ketawa,kalau ketawa....kensel.

"Oleh kerana terlalu syok kat awek tu ,Askar A pun membuat dengan serius untuk mengelakkan
dari terbatal.Elok aje dia nak memasukkan biji langsat yg kesembilan, tiba-tiba dia gelak
terbarai,"Aarhhhahahak.!Huargh.!Huargh..!Huargh! Aku nak masukkan biji ni pun terkulat-kulat
tapi kau..Huargh..!Huargh..!Huargh katanya tergelak sambil terguling-guling atas tanah
sebab dari jauh dia ternampak Askar B menjinjit 10 biji buah durian !